Wednesday, December 30, 2009

Tungku Moden Elektrik

Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda. Ianya sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi gel, cecair dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Sesuai untuk:
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga sesuai untuk lelaki

Ciri-ciri:
Diperbuat daripada bahan anti kuman dan kalis air
Mengandungi air garam bukit dan gel yang mudah dibawa kemana-mana.
Berat 1.7KG setiap satu. 















Cara-cara mengguna:
1. Pasangkan kabel elektrik untuk Charging.
2. Chargekan selama 5 hingga 8 minit. (atau sehingga lampu terpadam secara automatik)
3. Padamkan suiz atau punca elektrik.
4. Sedia untuk diguna.

Pehatian: Bantal akan menjadi panas sehingga 70-80 darjah celcius dan boleh bertahan selama 2 hingga 3 jam.


Fungsi-fungsi  :

1. Mengelakkan artritis.

Apakah artritis?
Artritis psoriatik adalah satu keadaan yang menyebabkan ruam kulit dan radang sendi. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur terutama sekali di antara umur 20 ke 50 tahun dan ia mempengaruhi lelaki dan wanita daripada semua bangsa. Maklumat lanjut

2. Baik untuk pesakit strok.

Apakah Strok?
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa. Maklumat lanjut.

3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
 
Apakah Vertebra servikal?
Tulang belakang kita pula membabitkan 26 tulang vertebra iaitu vertebra servikal (tujuh), torasik (12), lumbar (lima), sakrum dan koksiks.
Vertebra servikal — Terletak pada leher. Saraf tunjang pada bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki dan tangan. Maklumat lanjut.
 
4.Melegakan masalah sengugut (period pain)
 
Apakah itu Senggugut?
Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea".

5. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
6. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan. 
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkanmasalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung
10. Melegakan bahagian tulang patah

Untuk Maklumat Tempahan dan Penghantaran:
Sesiapa yang ingin menjadi EJEN juga sangat dialu-alukan.

SMS atau Call
En. Adi-0122901142
Pn. Ida-0172005166

Harga Jualan : RM57 termasuk penghantaran Semenanjung Sahaja (Harga Pasaran : RM70++)
(Untuk Sabah dan Sarawak + RM10)

Berat : 1.7kg++





Tips Bertungku Untuk Perempuan Lepas Bersalin

Tips Bertungku Untuk Perempuan Lepas Bersalin

Kebaikan Bertungku
1. Melancarkan perjalanan darah
2. Memanaskan badan si ibu selepas bersalin
3. Memecahkan darah beku
4. Mampu merawat rahim dan organ yang lain dengan kaedah refleksiologi

Masa bertungku biasanya dilakukan setelah selesai berurut di awal pagi atau 1 jam sebelum mandi sebelah petang. Selain itu digalakkan bertungku pada masa badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang.