Wednesday, December 30, 2009

Tips Bertungku Untuk Perempuan Lepas Bersalin

Tips Bertungku Untuk Perempuan Lepas Bersalin

Kebaikan Bertungku
1. Melancarkan perjalanan darah
2. Memanaskan badan si ibu selepas bersalin
3. Memecahkan darah beku
4. Mampu merawat rahim dan organ yang lain dengan kaedah refleksiologi

Masa bertungku biasanya dilakukan setelah selesai berurut di awal pagi atau 1 jam sebelum mandi sebelah petang. Selain itu digalakkan bertungku pada masa badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang.

No comments:

Post a Comment